Tentang Kami

Sri Nona bermula sebagai sebuah syarikat pemborong pada tahun 1975. Sri Nona pada mulanya beroperasi sebagai pengilang kecil-kecilan dan seterusnya berkembang menjadi pengilang makanan yang disahkan halal sehingga hari ini. Dengan visi untuk memenuhi cita rasa tempatan, Sri Nona berusaha untuk menghasilkan produk yang sesuai dengan kehendak pengguna.

Produk utama Sri Nona terdiri daripada ketupat, sos tiram, minuman halia, pencuci mulut dan banyak lagi. Sri Nona juga berjaya menembus pasaran antarabangsa atas kerjasama MATRADE. Sri Nona akan terus menghasilkan produk yang berkualiti dan menjadi jenama pilihan masyarakat tempatan.

Visi

Menyampaikan citarasa Asia yang berkualiti kepada dunia

Misi

  • Mengutamakan Kualiti
  • Memberikan pengalaman yang hebat kepada pengguna
  • Membangunkan produk yang baharu dan asli