Tentang Kami

Sri Nona bermula sebagai sebuah syarikat pemborong pada tahun 1975. Sri Nona pada mulanya beroperasi sebagai pengilang kecil-kecilan dan seterusnya berkembang menjadi pengilang makanan yang disahkan halal sehingga hari ini. Dengan visi untuk memenuhi cita rasa tempatan, Sri Nona berusaha untuk menghasilkan produk yang sesuai dengan kehendak pengguna.

Produk utama Sri Nona terdiri daripada ketupat, sos tiram, minuman halia, pencuci mulut dan banyak lagi. Sri Nona juga berjaya menembus pasaran antarabangsa atas kerjasama MATRADE. Sri Nona akan terus menghasilkan produk yang berkualiti dan menjadi jenama pilihan masyarakat tempatan.

Dasar Halal

Sri Nona Food Industries Sdn Bhd komited sepenuhnya untuk menghasilkan produk halal secara konsisten mematuhi garis panduan halal yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Agama Islam. Sri Nona Food Industries Sdn Bhd juga akan memastikan produk yang dihasilkan memenuhi harapan pengguna dan memenuhi syarat Persijilan Halal Malaysia.

Syarikat kami berhasrat untuk mencapainya dengan:

  1. Untuk memastikan bahawa semua bahan mentah yang digunakan di kilang kami adalah halal dan diluluskan oleh JAKIM/LPPOM MUI.
  2. Untuk memastikan semua produk siap yang dihasilkan di kilang kami disahkan oleh JAKIM/LPPOM MUI.
  3. Untuk memastikan bahawa produk yang dibuat di kilang kami bebas daripada bahan-bahan yang tidak halal dan kotor.
  4. Berkomitmen untuk menghasilkan, mengedar dan membekalkan produk makanan halal secara konsisten yang memenuhi kehendak peraturan dan keperluan pengguna.

Visi

Menyampaikan citarasa Asia yang berkualiti kepada dunia

Misi

  • Mengutamakan Kualiti
  • Memberikan pengalaman yang hebat kepada pengguna
  • Membangunkan produk yang baharu dan asli