CABUTAN NONA!
Valid from 18/8/18 to 2/9/18
Percuma RM10 e-voucher Sri Nona!
Cabutan Bertuah* Sri Nona untuk dimenagi
Hadiah utama x 1 : | 32” LED SHARP TV bernilai RM650 |
Hadiah kedua x 1 : | Telefon pintar Vivo Y53 bernilai RM550 |
Hadiah ketiga x 1 : | Ketuhar gelombang Panasonic bernilai RM500 |
Hadiah saguhati x 35 : | RM50 e-voucher Sri Nona |
Berikan butir-butir peribadi termasuk Nama seperti pada MyKad dan alamat E-mel / nombor telefon, kebenaran untuk menerima komunikasi daripada Sri Nona pada masa hadapan dan bersetuju dengan Syarat dan Peraturan Peraduan yang terkandung di sini.
Sekiranya terpilih sebagai pemenang, anda dikehendaki membalas emel atau SMS kami untuk mengesahkan kemenangan anda. Tolong simpan resit untuk menebus hadiah pada 16/9 2pm.
Untuk apa-apa sahaja soalan & masalah yang dihadapi, sila mesej Facebook Sri Nona.
Terma & syarat
Terma & syarat
- Penganjur & kelayakan
- Cabutan Nona! ini dianjurkan oleh Sri Nona Food Industries Sdn Bhd (410070-P) dan ejen mereka yang sah [secara kolektif dirujuk sebagai “Pihak Penganjur”] dan terbuka kepada semua penduduk Malaysia dengan MyKad yang sah dan alamat di Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas pada 3rd September 2018.
- Golongan individu berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan ini:
- Kakitangan Pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya] dan ahli keluarga terdekat mereka [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri]; dan/atau
- Wakil, kakitangan, pekerja dan/atau ejen pembekal khidmat pengiklanan dan/atau promosi Pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya] dan ahli keluarga terdekat mereka [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri].
- Tempoh
- Peraduan ini akan diadakan dari 17th August 2018 hingga 2nd September 2018.
- Pihak Penganjur berhak untuk meminda Tempoh Peraduan dan Kaedah Peraduan pada bila-bila masa. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan.
- Cara menyertai peraduan:
- Beli barang Sri Nona sebanyak RM10 di Mydin MITC dari 17th August – 2nd September 2018
- Log masuk Facebook Sri Nona (https://www.facebook.com/SriNonaMalaysia/)
- LIKE laman page Facebook Sri Nona
- Klik butang NONA FAIR yang tertera di post Facebook Sri Nona
- Hantar butiran yang dikehendaki
- Tunggu pemberitahuan e-mel & SMS
- Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu(1) penyertaan untuk Peraduan ini.
- Sekiranya terdapat penyertaan pendua daripada peserta yang sama atas apa jua sebab, penyertaan terbaru akan dianggap sebagai penyertaan yang sah.
- Sekiranya terdapat penyertaan serupa, ditiru atau diciplak daripada peserta lain, penyertaan paling awal diterima akan dianggap sebagai penyertaan yang sah berdasarkan masa penerimaan.
- Tuntutan hadiah
- Semua pemenang MESTI menyerah RESIT pembelian, yang dikemukakan sepanjang tempoh peraduan, bagi tujuan penentusahan untuk menuntut Hadiah mereka.
- Semua pemenang MESTI membawa MyKad bagi tujuan penentusahan untuk menuntut Hadiah mereka. Wakil adalah tidak dibenarkan.
- Kegagalan untuk mengemukakan MyKad dan bukti pembelian akan mengakibatkan pembatalan/penarikan balik Hadiah. Pihak Penganjur tidak boleh dipertanggungjawabkan dalam apa jua cara terhadap sebarang kegagalan menerima serahan untuk menuntut Hadiah atas apa jua sebab.
- Nama pemenang akan diumumkan di Facebook Sri Nona (https://www.facebook.com/SriNonaMalaysia/) dan mereka akan dimaklumkan menerusi E-mel dan/atau Telefon berasaskan butiran hubungan yang diberikan kepada Pihak Penganjur apabila mereka mendaftar menerusi Facebook Sri Nona.
- Pihak Penganjur tidak boleh dipertanggungjawabkan sekiranya pemenang tidak dapat dihubungi atas apa jua sebab selepas sekurang-kurang tiga [3] percubaan oleh Pihak Penganjur atau ejennya untuk menghubungi pemenang.
- Semua hadiah mesti dituntut dalam pada 16th September 2018 jam 2pm di Mydin MITC. Semua hadiah yang tidak dituntut akan ditarik balik.
- Pihak Penganjur berhak menggunakan budi bicara mutlaknya untuk menukar sebarang hadiah dengan hadiah lain yang sama nilainya pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Nilai hadiah adalah betul pada masa percetakan. Semua hadiah diberikan dalam ‘keadaan sedia ada’ dan tidak boleh ditukarkan dengan wang tunai, kredit, barangan lain atau baucar, sama ada secara sebahagian atau sepenuhnya.
- Semua pemenang mesti mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak yang mengatur dan/atau menyediakan hadiah dan juga terma dan syarat yang disertakan bersama hadiah berkenaan, jika ada.
- Liabiliti dan Tanggungjawab
- Pemenang hendaklah bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang liabiliti, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kehilangan nyawa) kerana mengambil bahagian dalam Peraduan ini, menuntut dan/atau menggunakan hadiah Peraduan ini. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kehilangan nyawa) dalam apa bentuk sekalipun.
- Semua kos rakaman, pengangkutan, penginapan, peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau perbelanjaan lain untuk menyertai Peraduan ini dan menuntut hadiah adalah tanggungjawab pemenang sepenuhnya.
- Pihak Penganjur juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kerosakan, kelewatan dalam operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, capaian tidak izin, atau perubahan komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau kepincangan teknikal mana-mana rangkaian atau talian telefon, sistem dalam talian komputer, pelayan atau pembekal, peralatan komputer, sistem, perkakas, perisian, kegagalan e-mel atau pemain akibat masalah teknikal atau kesesakan sambungan Internet dan/atau laman web.
- Peserta juga bersetuju bahawa Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kelewatan, kecederaan atau kerosakan kepada komputer, sistem komputer atau perkakasan peserta dan/atau mana-mana pihak ketiga berkaitan dengan atau yang timbul daripada capaian kepada atau penyertaan dalam Peraduan ini, termasuk bermain, memuat turun sebarang bahan atau maklumat sama ada daripada SMS, Facebook atau Laman web Sri Nona dan berhubung dengan Peraduan ini, menghantar/memuat naik gambar untuk Peraduan ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang kegagalan pelayan, kehilangan, kelewatan atau kerosakan data atau sebarang gangguan lain.
- Laman web & Facebook Sri Nona disediakan dalam keadaan “sedia ada” dan melainkan dilarang di bawah undang-undang yang berkuat kuasa, Pihak Penganjur secara khusus menolak sebarang bentuk jaminan, termasuk tetapi tidak terhad kepada jaminan kebolehdagangan, kesesuaian untuk tujuan tertentu dan jaminan ketiadaan pelanggaran hak. Pihak Penganjur tidak boleh menjamin dan tidak menjanjikan apa-apa keputusan khusus daripada Laman web & Facebook Sri Nona. Tiada nasihat atau maklumat, sama ada secara lisan dan bertulis, yang anda perolehi daripada pihak kami, atau daripada atau menerusi Laman web & Facebook Sri Nona akan mewujudkan sebarang jaminan yang tidak dinyatakan secara khusus di dalam ini.
- Hak Pihak Penganjur
- Dengan mengemukakan penyertaan anda untuk Cabutan ini, SMS, Facebook atau Laman Web, semua peserta bersetuju dengan Syarat & Peraturan dan mengakui bahawa semua hak harta intelektual adalah kepunyaan Pihak Penganjur. Pihak Penganjur mempunyai hak eksklusif untuk menggunakan, menyunting, mengubah dan menerbitkan penyertaan yang dikemukakan oleh semua peserta, menerbitkan nama peserta dalam apa jua cara yang dianggap sesuai untuk sebarang tujuan pengiklanan, perdagangan, promosi dan untuk sebarang sebab lain, tanpa sebarang notis selanjutnya kepada peserta dan peserta tidak boleh menuntut hak milik atau sebarang bayaran atau pampasan bagi bahan tersebut. Untuk mengelakkan keraguan, bahan yang dikemukakan tidak akan disunting untuk tujuan pengadilan.
- Pihak Penganjur berhak untuk mengubah suai, menggantung atau membatalkan Peraduan ini sekiranya ia tidak dapat dianjurkan seperti yang dirancang, atau sekiranya terdapat gangguan atau kerosakan teknikal, termasuk tetapi tidak terhad kepada jangkitan oleh virus komputer, pepijat, penggodaman, campur tangan tanpa izin, penipuan, kegagalan teknikal atau apa jua sebab di luar kawalan Pihak Penganjur, walaupun selepas usaha terbaik oleh Pihak Penganjur.
- Pihak Penganjur, berhak atas budi bicara mutlaknya, untuk membatalkan penyertaan mana-mana peserta yang didapati atau disyaki menyalahgunakan proses penghantaran cabutan, pengendalian cabutan ini. Pihak Penganjur berhak untuk menamatkan penyertaan mana-mana orang yang disyaki secara munasabah telah melanggar atau mencabuli mana-mana terma dan syarat ini dan Pihak Penganjur berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang dipercayai telah menjalankan kegiatan penipuan atau kegiatan lain yang mendatangkan keburukan kepada cabutan ini, proses penghantaran cabutan, Facebook dan/atau Laman web Sri Nona.
- Pihak Penganjur tidak akan menanggung liabiliti atau bertanggungjawab terhadap sebarang penyertaan yang lewat dan/atau tidak diterima disebabkan kegagalan syarikat Pemberi Perkhidmatan Internet [ISP] dan/atau rangkaian telekomunikasi yang berkenaan untuk menyediakan perkhidmatan internet dan/atau perkhidmatan komunikasi yang cekap dan/atau tepat pada masanya.
- Terma & Syarat Lain
- Semua penyertaan yang dikemukakan seharusnya original dan tidak mencabuli sebarang hak milik intelektual yang dimiliki oleh mana-mana pihak. Peserta tidak patut memaparkan, mengedarkan, menghasilkan semula atau mengemukakan dengan sebarang cara, apa-apa bahan yang mengandungi hak milik intelektual pihak lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada hak cipta atau maklumat hak milik lain yang dimiliki oleh pihak lain tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak milik intelektual atau maklumat hak milik tersebut. Jika anda percaya karya anda telah diciplak dan dipaparkan dengan cara yang melanggar hak milik intelektual, sila hubungi Pihak Penganjur.
- Pihak Penganjur, atas budi bicara mutlaknya, berhak untuk mengubah suai Syarat & Peraturan ini tanpa memberikan sebarang notis terlebih dahulu, jika perlu, untuk perjalanan lancar cabutan.
- Keputusan Pengadil adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.
- Dengan menyertai cabutan ini, peserta bersetuju untuk mematuhi dan terikat kepada Syarat dan cabutan ini, serta keputusan Pihak Penganjur.
- Kandungan Terlarang
- Di bawah adalah sebahagian daripada senarai kandungan yang menyalahi undang-undang atau dilarang daripada dipaparkan di Facebook / Laman web Sri Nona. Paparan sebarang kandungan ini oleh peserta boleh, atas budi bicara mutlak Pihak Penganjur, mengakibatkan penyingkiran daripada Facebook atau Laman Web Sri Nona selain penyertaannya dibatalkan. Di samping itu, Pihak Penganjur berhak untuk menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya, atas budi bicara mutlaknya, terhadap sesiapa yang melanggar peruntukan ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada mengeluarkan bahan komunikasi yang melanggar peruntukan tersebut daripada Facebook / Laman Web Sri Nona dan melaporkan pesalah kepada pihak berkuasa yang berkenaan. Kandungan terlarang adalah termasuk tetapi tidak terhad kepada kandungan yang, menurut pertimbangan mutlak Pihak Penganjur:-
- menyinggung masyarakat dalam talian, seperti kandungan yang menggalakkan perkauman, mempunyai agenda politik dan / atau agama, sama ada berunsur provokasi atau sebaliknya, sebarang bentuk kandungan berunsur hasutan, keganasan, bahasa kasar, ketaksuban, kebencian atau sebarang bentuk ancaman fizikal terhadap mana-mana kumpulan atau individu;
- termasuk makanan dan / atau bahan yang tidak peka kepada dan / atau menyinggung penganut agama lain dan / atau produk pesaing Sri Nona;
- mengganggu atau menggalakkan gangguan terhadap orang lain;
- melibatkan penghantaran “mel remeh”, “surat berantai,” “spam,” atau sebarang pengiriman mel, e-mel atau komunikasi lain yang tidak diminta secara besar-besaran atau menyediakan pautan untuk penyebaran virus komputer;
- termasuk sebarang maklumat yang [1] diketahui oleh peserta adalah palsu atau mengelirukan, [2] menggalakkan kegiatan haram dan / atau menyalahi undang-undang atau tingkah laku yang mengecam atau mengancam, atau [3] kelakuan sumbang, tidak senonoh, atau lucah, atau [4] mengaibkan, memfitnah, atau mencemarkan; dan/atau
- merupakan atau termasuk sebarang salinan hasil karya orang lain yang tidak sah atau tidak dibenarkan, yang mempunyai hak cipta atau boleh mendapatkan hak cipta, termasuk tetapi tidak terhad kepada, [1] program cetak rompak komputer atau pautan kepadanya, [2] maklumat yang memintas peranti perlindungan salinan yang dipasang oleh pengeluar, [3] bahan cetak rompak atau pautan kepada fail cetak rompak.
- Di bawah adalah sebahagian daripada senarai kandungan yang menyalahi undang-undang atau dilarang daripada dipaparkan di Facebook / Laman web Sri Nona. Paparan sebarang kandungan ini oleh peserta boleh, atas budi bicara mutlak Pihak Penganjur, mengakibatkan penyingkiran daripada Facebook atau Laman Web Sri Nona selain penyertaannya dibatalkan. Di samping itu, Pihak Penganjur berhak untuk menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya, atas budi bicara mutlaknya, terhadap sesiapa yang melanggar peruntukan ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada mengeluarkan bahan komunikasi yang melanggar peruntukan tersebut daripada Facebook / Laman Web Sri Nona dan melaporkan pesalah kepada pihak berkuasa yang berkenaan. Kandungan terlarang adalah termasuk tetapi tidak terhad kepada kandungan yang, menurut pertimbangan mutlak Pihak Penganjur:-
- Notis Perlindungan Data Peribadi
- Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta memberi kebenaran kepada Penganjur dan penyedia perkhidmatan pengiklanan dan/atau promosi Pihak Penganjur untuk menggunakan nama dan/atau gambar pemenang dan hadiah mereka untuk tujuan pengiklanan, perdagangan dan/atau publisiti, tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu kepada pemenang dan pemenang tidak layak menuntut pemilikan dan/atau bentuk pampasan lain ke atas bahan tersebut.
- Dengan menyertai Peraduan ini, Pihak Penganjur bersetuju untuk menggunakan data yang dikumpulkan di laman web Pihak Penganjur dan memberikan perlindungan kepada data seperti yang ditetapkan di bawah. Bahagian ini juga menggariskan hak Peserta berkaitan dengan perlindungan data mereka dan memaklumkan Peserta tentang cara untuk
menghubungi Pihak Penganjur berkaitan dengan data yang diberikan.
- Pihak Penganjur berhak untuk melantik agensi/syarikat pihak ketiga untuk memproses maklumat peribadi yang diberikan oleh Peserta. Semua agensi/syarikat pihak ketiga akan mematuhi kontrak untuk tidak menggunakan maklumat peribadi Peserta dalam apa juga cara selain daripada yang dinyatakan dalam bahagian ini.