Anugerah EMAS MIFT

Ketupat Palas Pulut Hitam NONA merupakan penerima Anugerah Emas Institut Teknologi Makanan Malaysia (MIFT) bagi Inovasi Produk 2019, ia merupakan satu-satunya produk ketupat yang telah menerima anugerah dan pengiktirafan. Anugerah yang disampaikan oleh MIFT ini, diiktiraf oleh peneraju industri serta Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pembungkusan yang digunakan untuk memasak Ketupat Palas diperbuat daripada Polietilena Ketumpatan Tinggi (HDPE) dan mematuhi semua peraturan akta makanan dan keperluan keselamatan. Ia diisytiharkan selamat untuk dimakan dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan mengikut garis panduan pensijilan MeSTI.

NONA Ketupat Palas Pulut Hitam adalah produk makanan sedia untuk dimasak yang dibungkus dengan mudah bagi memastikan setiap isi rumah dapat menikmati Ketupat Palas Pulut Hitam tradisional tanpa perlu menghabiskan masa 4-5 jam untuk menyediakannya.

Selain itu, pulut hitam yang digunakan di dalam produk ini kaya dengan antosianin, iaitu antioksidan yang memberikan manfaat kesihatan. Tambahan pula, pulut juga kaya dengan serat pemakanan yang menyumbang kepada diet yang sihat.