NONA Sambal Ketam Pecah Telur
Bahan-Bahan Istimewa NONA

Sos Berperisa Tiram NONA
Asam Jawa XXtra NONA
Minyak Bijan NONA


Bahan-bahan
  • 1 ekor ketam (dipotong dua)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar gula merah

Bahan-bahan Tumisan
  • Bawang merah (dipotong dadu)
  • Bawang putih (dihiris)
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • Cili kering (dikisar)
  • Cili padi (dihiris)
  • Air


Cara-cara memasak
  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan tumisan*. Kacau seketika sehingga pecah minyak.
  2. Tambah gula merah untuk mengimbangkan rasa pedas dalam masakan kemudian masukkan Sos Berperisa Tiram NONA serta sedikit air.
  3. Apabila kuah mula masak, masukkan air Asam Jawa XXtra NONA untuk rasa masam-masam pada kuah Sambal Ketam kemudian masukkan ketam yang telah dicuci bersih.
  4. Pastikan ketam dibalik-balikkan supaya mengenai kuah sambal dan tutup periuk untuk biarkan ia masak.
  5. Apabila ketam sudah mulai masak, pecahkan 2 biji telur di dalam periuk secara membulat dan biarkan ia masak.
  6. Titiskan Minyak Bijan NONA untuk aroma yang lebih enak serta melazatkan makanan lalu tutup api untuk dihidangkan.
  7. Sedia untuk dihidangkan bersama Air Batu Campur (ABC).

  Muat Turun Resipi