NONA Ikan Bawal Emas Stim Halia dari Pn. Nurul


Bahan-Bahan Istimewa NONA

1 sudu besar Sos Berperisa Tiram NONA
3 sudu besar Kicap Masin NONA


Bahan-bahan
  • 1 ekor bawal emas
  • ¼ sudu kecil garam
  • 1 ulas bawang putih (diketuk)
  • Halia (dihiris panjang)
  • ½ cawan air
  • ½ sudu kecil lada putih
  • 1 sudu kecil gula
  • Cili merah (dihiris)
  • Daun bawang (dihiris)


Cara-cara memasak
  1. Lumur ikan bersama garam dan kukus sehingga masak. Asingkan.
  2. Panaskan air, masukkan bawang putih, hirisan halia, Sos Berperisa Tiram NONA, Kicap Masin NONA, lada putih dan gula. Masak sehingga mendidih .
  3. Asingkan kuah kicap yang telah dimasak tadi.
  4. Kemudian, panaskan minyak masak, goreng hirisan halia sehingga garing dan ketepikan .
  5. Curahkan baki minyak goreng halia, kuah kicap ke atas ikan bawal yang telah dikukus tadi
  6. Tabur halia goreng, daun bawang dan cili merah. Siap!

  Muat Turun Resipi