NONA Ikan Bawal Masak Kicap Pedas
Bahan-Bahan Istimewa NONA

2 sudu besar Kicap Lemak Manis NONA
3 sudu besar Kicap Manis NONA
Sos Berperisa Tiram NONA


Bahan-bahan
  • 1 ekor Ikan bawal emas - lumur garam, kunyit dan goreng
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 1 labu bawang besar - hiris bulat
  • 1 biji cili hidup merah - hiris
  • 2 biji cili padi merah, dititik
  • 1 batang daun daun bawang - hiris
  • 1 batang kulit kayu manis

Bahan bahan sos
  • 1 sudu besar sos ikan
  • Sedikit gula

Bahan bahan kisar
  • 1/2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 tomato sederhana


Cara-cara memasak
  1. Panaskan minyak dan gorengkan ikan bawal yang telah dicuci, sehingga masak.
  2. Angkat dan ketepikan ikan yang telah digoreng terlebih dahulu.
  3. Kemudian, tumis kulit kayu manis dan cili kisar. Tumis sehingga cili garing dan masak. Kemudian, masukkan bahan-bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan 2 sudu besar Kicap Lemak Manis NONA, 3 sudu besar Kicap Masin NONA dan sedikit Sos Berperisa Tiram NONA.
  5. Masukkan semua bahan-bahan sos lalu kacau hingga sebati. Masukkan sedikit air untuk berkuah.
  6. Setelah mendidih, masukkan hirisa bawang besar, cili hidup dan cili padi. Akhir sekali, masukkan ikan yang telah digoreng. Gaulkan seketika sebelum tutup api.
  7. Taburkan sedikit hirisan daun bawang dan siap untuk dihidang!

  Muat Turun Resipi