NONA Udang Kam Heong dari Azie Kitchen


Bahan-Bahan Istimewa NONA

2 sudu besar Sos Tiram NONA
2-3 sudu besar Kicap Manis NONA


Bahan-bahan
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 3 ulas bawang putih - potong dadu
  • 8 biji cili padi
  • 2 tangkai daun kari

Bahan-bahan Sos
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1⁄2 kg udang
  • Serbuk kunyit, gula dan garam
  • 1 sudu besar serbuk kari - bancuh dengan air
  • Daun ketumbar
  • Minyak masak


Cara-cara memasak
  1. Gaul udang dengan gula, garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak sedikit goreng udang sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Kemudian, panaskan minyak masak dan tumis bawang besar, bawang putih, cili padi dan daun kari sehingga naik bau.
  3. Masukkan pes kari, Kicap Manis NONA, Sos Berperisa Tiram NONAdan juga sos cili. Tuangkan sedikit air dan kacau sebati sehingga mendidih. Masukkan udang dan kacau rata.
  4. Tutup api dan tabur daun kari. Siap!

  Muat Turun Resipi