NONA Sup Tulang Bersama Kicap Pedas
Bahan-Bahan Istimewa NONA

Sup Uncang NONA
Ketupat Mini NONA
Kicap Masin NONA
Kicap Manis NONA


Bahan-bahan
  • 1/2kg tulang lembu dan isi
  • 1 mangkuk air rebusan daging
  • 1 biji bawang merah (dikisar)
  • 5 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci lengkuas (dihiris)
  • 1 batang serai (dititik)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 1 sudu rempah soto
  • 1 kiub pati daging
  • 4 sekawan
  • Garam
  • Minyak

Bahan-bahan Kicap Pedas NONA
  • 5 ulas bawang putih
  • 8 batang cili padi
  • Minyak


Cara-cara memasak
  1. Panaskan periuk berisi air dan tunggu sehingga mendidih sebelum memasukkan Ketupat Mini NONA yang telah dicuci bersih.
  2. Rebus selama 60 minit sehingga Ketupat Mini NONA masak.
  3. Sementara menunggu ketupat masak, panaskan minyak di dalam periuk lalu tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas hingga naik bau.
  4. Kemudian, masukkan 4 sekawan, serai dan rempah soto untuk menambah perasa lalu gaul perlahan.
  5. Apabila bahan tumisan keperangan, masukkan tulang lembu dan isi daging bersama-sama air rebusan daging. Masukkan Sup Uncang NONA, kiub pati daging dan sedikit garam lalu kacau semua bahan-bahan sebelum tutup periuk untuk biarkan daging empuk.
  6. Sementara menunggu daging empuk, anda boleh sediakan Sambal Kicap NONA.
  7. Panaskan minyak lalu tumis bawang putih dan cili padi sehingga sedikit garing. Asingkan dan masukkan ke dalam pengisar.
  8. Selepas itu, masukkan kicap masin NONA mengikut citarasa anda dan juga Kicap Manis NONA untuk rasa kicap yang seimbang. Kisar sehingga semua bahan sebati dan asingkan.
  9. Hidangkan soto bersama sambal kicap, ketupat NONA, taugeh, daun sup & bawang, bawang goreng, suhun goreng dan kacang tanah.

  Muat Turun Resipi