Gandakan Sedekah Ramadan bersama Ketupat Basmathi NONA ![](https://www.nona.com.my/themes/nona/assets/img/nona_icon.svg)
Sempena bulan Ramadan, NONA telah mengeluarkan Ketupat Basmathi Edisi Terhad yang dijual pada harga RM25 bagi mengumpul dana Yayasan Asnaf Al Barakh di Malaysia. Kami bekerjasama dengan Pusat Pungutan Zakat- MAIWP tempatan untuk projek CSR ini dan setiap pembelian Ketupat Basmathi Edisi Terhad, kami akan gandakan nilainya secara tunai. Projek ini merupakan satu kejayaan besar kerana kami dapat mengumpul RM10,000.