FAQ

Produk NONA boleh didapati di kebanyakan pasar raya di Malaysia. Hubungi kami melalui e-mel atau media sosial untuk mencari pasar raya yang terdekat dengan anda.

Semua produk yang dijual di bawah jenama NONA disahkan Halal, anda boleh menyemak produk untuk logo Halal sebelum membeli. Jika anda memerlukan maklumat lanjut tentang produk kami, anda boleh terus menghubungi kami.

Kami ada pelbagai jenis ketupat yang anda boleh pilih dan semuanya mudah disediakan. Variasi ketupat yang kami ada adalah Ketupat Ala Nasi Ayam, Ketupat Ala Nasi Lemak, Ketupat Palas, Ketupat Palas Durian dan pemenang anugerah dari MiFT, Ketupat Palas Pulut Hitam

Ketupat Ala Nasi Ayam dan Ketupat Ala Nasi Lemak kami didatangi dengan serbuk perisa, di mana anda hanya perlu masak Ketupat Ala Nasi Ayam dan Ketupat Ala Nasi Lemak kami di dalam air dengan menambah serbuk perisa tersebut. Sila rujuk arahan memasak di belakang bungkusan untuk maklumat lanjut.

Ya, NONA mempunyai pelbagai produk selain ketupat. Rangkaian produk kami termasuk Minyak Bijan, Sos Berperisa Tiram,Sos Masakan dan pelbagai lagi.

NONA menjual 3 jenis teh segera yang berbeza, Teh Halia Klasik, Teh Halia Madu dan Teh Susu.

Perbezaan utama antara produk yang disebutkan di atas ialah:
  • Agar-agar NONA memerlukan anda untuk memasaknya di dalam air mendidih panas. Apabila ia dimasak dan sejuk, ia akan menjadi jernih dan mempunyai konsistensi yang padat
  • Jeli kristal NONA juga dibuat dengan cara yang sama seperti agar-agar kami tetapi, apabila ia masak ia akan menjadi jernih dan mempunyai konsistensi bergoyang
  • Puding NONA pula sangat lembut jika dibandingkan dengan agar-agar dan jeli kristal. Ia juga mempunyai konsistensi yang lebih pekat jika dibandingkan dengan kedua-dua pencuci mulut di atas

Kami menjual empat jenis tepung iaitu Tepung Kastard, Tepung Goreng Pisang, Tepung Goreng dan Tepung Ang Kwe. Tepung Goreng kami terdapat di dalam pelbagai perisa manakala Tepung Ang Kwe kami mempunyai pelbagai warna.

Selain, sos masakan Char Kuey Teow, Nasi Goreng dan Mee Mamak, kami juga menjual pes masakan. Setakat ini, kami mempunyai dua pes masakan iaitu pes Tom Yam dan Asam Jawa.

Ya, anda boleh menemui produk NONA di negara lain kerana kami berjaya bekerjasama dengan MATRADE, justeru kami dapat membawa jenama kami ke pasaran antarabangsa. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang NONA di luar negara, sila lihat halaman hubungi kami.