NONA Nasi Goreng Daging Bunga Kantan
Bahan-Bahan Istimewa NONA

Sos Nasi Goreng NONA
Sos Berperisa Tiram NONA
Minyak Bijan NONA


Bahan-bahan
  • Daging (dipotong dadu)
  • 1 sudu mentega
  • 1 biji telur
  • 1 kuntum bunga kantan (dihiris)
  • 1 batang lobak merah (dipotong dadu)
  • Minyak
  • Nasi yang disejukkan

Bahan-bahan kisar
  • 4 biji cili padi
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • Sedikit Ikan bilis


Cara-cara memasak
  1. Panaskan minyak lalu goreng daging yang telah digaul bersama garam
  2. Apabila daging sudah mulai garing, boleh angkat dan toskan.
  3. Untuk menggoreng nasi, panaskan minyak lebihan menggoreng daging tadi dan masukkan juga mentega.
  4. Kemudian, tumis bahan-bahan kisar* sehingga naik bau dan tambah Sos Nasi Goreng NONA.
  5. Untuk menggantikan gula dan garam, anda juga boleh masukkan Sos Berperisa Tiram NONA
  6. Selepas itu, masukkan lobak merah dan telur. Kacau telur sehingga hancur di dalam kuali
  7. Tuang sedikit Minyak Bijan NONA untuk menambah aroma dalam masakan.
  8. Apabila bahan kisar sudah sedikit garing, masukkan daging yang telah digoreng tadi.
  9. Akhir sekali, gaul semua bahan-bahan bersama nasi putih yang telah dimasak semalaman dan taburkan hirisan bunga kantan.
  10. Sedia untuk dihidangkan bersama Minuman Halia Klasik NONA!

  Muat Turun Resipi