NONA Ketupat Ala Korea
Bahan-Bahan Istimewa NONA

Ketupat NONA
Sos Berperisa Tiram NONA
Minyak Bijan NONA


Bahan-bahan
  • 1 mangkuk kecil Ikan bilis kering besar
  • 4 keping rumpai laut kering
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 2 biji telur rebus
  • 1 sudu besar gula merah
  • 6 biji bebola udang
  • 4 Cawan Air
  • Daun Bawang
  • Timun(hiasan)


Cara-cara masak
  1. Rebus ketupat NONA sehingga ketupat masak dan setelah siap direbus, potong ketupat menjadi bentuk panjang seperti rice cake (tteokbokki).
  2. Untuk sos ala korea, panaskan periuk berisi air lalu masukkan ikan bilis dan kombu atau rumpai laut kering dan biarkan selama 15 – 20 minit sehingga naik bau.
  3. Sediakan mangkuk untuk campurkan semua pes tadi iaitu, sos cili, serbuk cili, gula merah, Sos Berperisa Tiram NONA dan Minyak Bijan NONA. Gaul rata semua bahan-bahan menjadi pes.
  4. Apabila air di dalam periuk mulai mendidih, asingkan kombu dan ikan bilis kemudian masukkan pes yang sudah siap tadi. Kacau perlahan di dalam air rebusan.
  5. Masukkan bebola udang yang telah direbus, telur rebus dan daun bawang untuk menaikkan bau.
  6. Apabila kuah Korea sudah sebati, masukkan Ketupat NONA yang telah dipotong secara memanjang ke dalam periuk dan gaul perlahan supaya kuah dan Ketupat menjadi rata.
  7. Ketupat Ala Korea NONA sedia untuk dihidangkan dengan hirisan timun dan pencuci mulut Puding Cendol NONA.

  Muat Turun Resipi